Hobi saya

Hobi saya ialah bermain video game.

Sejak kecil lagi, saya sudah mula berminat dengan permainan video kerana ia sangat menyeronokkan dan menghiburkan. Pada masa lapang, saya gemar bermain video game di komputer atau konsol permainan bersama adik-beradik dan rakan-rakan. Antara jenis permainan yang saya suka ialah permainan aksi, pengembaraan, strategi dan sukan.

Melalui permainan video, saya dapat melatih minda untuk berfikir secara kreatif, metrategi, serta membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Permainan video juga membantu saya meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kerana kebanyakan permainan menggunakan bahasa tersebut. Selain itu, saya dapat berkenalan dengan ramai pemain dari pelbagai negara melalui permainan dalam talian.

Walaupun saya suka bermain video game, saya tidak lupa tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Saya sentiasa memastikan saya menyiapkan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum bermain. Ibu bapa saya juga sentiasa mengingatkan saya supaya tidak bermain terlalu lama.

Bagi saya, bermain video game ialah satu hobi yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga dapat mengasah minda dan membina kemahiran berfikir. Saya berharap hobi ini dapat membantu saya menjadi seorang yang kreatif, bijak mengatur masa dan berdisiplin dalam kehidupan seharian.

Comments

Popular posts from this blog

Teknologi digital dalam kehidupan pelajar hari ini